Tip Mudah Untuk Kulit Flawless Hidrasikan Diri Pertama sekali, ubah tabiatmu yang suka minum minuman manis sehingga bergelas-gelas setiap hari. Tukar kepada air kosong sekurang-kurangnya dua liter. Badan dan kulit kering disebabkan kekurangan air dalam tubuh. Cuba ini: Satu gelas selepas bangun tidur, satu gelas sebelum lunch, semasa dan selepas lunch , ketika minum petang dan makan malam. Akhiri hari kamu dengan segelas lagi sebelum tidur. Cuba kira berapa gelas dah tu? Ramuan Organik Baiklah, sekarang Cosmo senaraikan pula bahan-bahan organik dan kehebatannya untuk tubuh dan kulit. Tak perlu lakukan setiap hari, cukup sekadar dua hingga tiga kali seminggu bergantung pada kesesuaian kulit. Tapi jangan risau, bahan organik tidak akan merosakkan kulit seperti produk di pasaran. 1. Lemon – Ia membantu membersihkan wajah, mencerah dan menanggalkan kulit mati. Kandungan Vitamin C mampu mengurangkan cela hitam dan membantu mend...