Tip Mudah Untuk Kulit Flawless


Hidrasikan Diri
Pertama sekali, ubah tabiatmu yang suka minum minuman manis sehingga bergelas-gelas setiap hari. Tukar kepada air kosong sekurang-kurangnya dua liter. Badan dan kulit kering disebabkan kekurangan air dalam tubuh. Cuba ini: Satu gelas selepas bangun tidur, satu gelas sebelum lunch, semasa dan selepas lunch, ketika minum petang dan makan malam. Akhiri hari kamu dengan segelas lagi sebelum tidur. Cuba kira berapa gelas dah tu?



Ramuan Organik
Baiklah, sekarang Cosmo senaraikan pula bahan-bahan organik dan kehebatannya untuk tubuh dan kulit. Tak perlu lakukan setiap hari, cukup sekadar dua hingga tiga kali seminggu bergantung pada kesesuaian kulit. Tapi jangan risau, bahan organik tidak akan merosakkan kulit seperti produk di pasaran.
1. Lemon – Ia membantu membersihkan wajah, mencerah dan menanggalkan kulit mati. Kandungan Vitamin C mampu mengurangkan cela hitam dan membantu mendapatkan tona kulit yang sekata, cerah dan berseri.
  • Perah sebelah lemon, sapukan jusnya ke seluruh muka dan leher. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air dingin. Kemudian gosok potongan timun untuk melembapkan wajah. Lakukan tip ini 2-3 kali seminggu.
  • Tip kedua: Campurkan jus lemon dengan madu asli dan sapukan di wajah kamu. Biarkan selama 15-20 minit sebelum mencuci dengan air. Mudah, kan?=
  • Cuba juga amalkan minum segelas air suam dengan perahan jus lemon setiap hari selepas bangun tidur untuk proses detoks tubuh. Ini disarankan 100% untuk kamu yang selalu lesu dan kulit kusam.

2. Madu Asli – Untuk menikmati kulit yang bersih bebas daripada jerawat, kamu perlu memastikan kulit sentiasa lembap, bebas minyak dan tidak terlalu kering. Madu bahan organik terhebat melembapkan kulit, mengandungi ejen antibakteria untuk kulit yang sihat.
  • Sapukan madu pada wajah, biarkan sehingga kering dan bilas dengan air bersih yang sejuk. Lakukannya sebelum tidur. Madu juga bertindak melambatkan proses penuaan dan mengurangkan kedutan wajah. Okay, beli sebalang madu asli sekarang!

3. Susu Segar – Bukan saja bagus jika diminum setiap hari untuk tulang yang sihat, tetapi kamu mungkin tidak tahu susu juga sesuai dioles ke wajah. Susu segar bagus untuk kompleksi wajah yang lebih sekata.
  • Ambil tiga sudu susu segar dan gunakan bebola kapas, kemudian oles pada wajahmu secara gerakan ke atas. Urut wajah selama seminit dan bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari dan kamu pasti berpuas hati melihat kulit semakin bersih, gebu dan cerah.
  • Idea kedua adalah dengan mencampurkan tiga sudu susu bersama sesudu madu dan sedikit jus lemon. Ia bertindak sebagai mild bleach untuk wajahmu. Sapukan pada muka dan leher, biarkan sehingga 10 minit, bilas dan keringkan dengan tuala bersih. Sekali seminggu dah cukup.

Akhir sekali, kamu juga perlu bersenam dan aktif agar darah dalam tubuh mengalir dengan baik. Berpeluh membuang toksin dalam badan, dan bersenamlah dua ke tiga kali seminggu. Dapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya tujuh jam sehari. Pastikan kamu tidur tanpa sebarang mekap di wajah! Tangani stress kamu dan pastikan kamu punyai masa untuk diri sendiri. Minda yang tenang, tubuh yang sihat menjanjikan kulit yang flawless seperti yang kamu idamkan.

Sumber dari :Cosmopolitan Malaysia

Comments

Popular posts from this blog